Tuesday, 12 September 2017

APA ITU PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTASI KURIKULUM

Matlamat dan objektif Pendidikan Alam Sekitar

  • Matlamat Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah Membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.
  • Memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

Objektif Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah

Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
  • Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
  • Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.
  • Memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
  • Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.
  • Berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.

Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh

  • Merujuk kepada penglibatan warga sekolah termasuk pihak pentadbir, staf sokongan, guru- guru dan para pelajar sekolah.
  • Proses membudayakan Pendidikan Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
  • Merupakan payung kepada aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.

No comments:

Post a Comment

LAWATAN PENILAI KE TAMAN ARNAB SKSPP

31/10/2018 Lawatan wakil penilai dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ke Taman arnab SK Sri Pulai Perdana. Seronok kan dapat...