Wednesday 31 October 2018

LAWATAN PENILAI KE TAMAN ARNAB SKSPP


31/10/2018
Lawatan wakil penilai dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ke Taman arnab SK Sri Pulai Perdana.


Seronok kan dapat bagi makan lobak pada arnab-arnab yang comel.

Tuesday 30 October 2018

PENILAIAN KELESTARIAN PENDIDIKAN KE ARAH BANDARAYA 2018



31/10/2018 (2.00 petang)

Kehadiran wakil dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan sesi bergambar kenangan sebelum memulakan sesi penilaian.

Para penilai disajikan dengan persembahan video.


Sedang berlangsung, pembentangan oleh Pn. Siti Haidah binti Abd Hamid berkenaan Kelestarian Pendidikan ke Arah Bandaraya SK Sri Pulai Perdana bersama wakil Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.


JARINGAN LUAR SKSPP DAN SWM

 30/10/2018
SK Sri Pulai Perdana juga tidak lupa membuat jaringan luar antara sekolah dengan SWM Invironment dengan mengumpul bahan-bahan buangan dan disalurkan kepada mereka untuk dikitar semula.




Semoga usaha dan kerjasama ini dapat diteruskan demi menjamin kehidupan yang selesa dan memelihara serta memulihara alam sekitar daripada pencemaran.
Tahniah SKSPP!!!

GOTONG ROYONG LESTARI (PANITIA MATEMATIK)


 30/10/2018
Nampak bersemangat panitia Matematik bergotong royong melestarikan taman. Gotong royong ini terdiri daripada guru-guru Matematik dan murid-murid tahun 6 melengkapi salah satu aktiviti PASCA UPSR.








TAHNIAH DIUCAPKAN!!!

PROGRAM IOT FOR GREENER WORLD


28/10/2018
Tahniah dan terima kasih kepada pensyarah serta fasilitator Sekolah Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia atas kejayaan penganjuran Program "Save The Earth Awareness via Animated Programming" dan "IOT For Greener World" khusus buat murid-murid Tahun 6 SKSPP. 







Semoga program ini mampu memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar dikalangan murid sekolah.

KITAR SEMULA UNIT BERUNIFORM SKSPP


16/10/2018
Unit beruniform SKSPP yang terdiri dari Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah tidak mahu melepaskan peluang mengumpul barang2 kitar semula. 


Semangat mereka harus dipuji.




Tahniah diucapkan.

Monday 29 October 2018

LESTARI : USAHASAMA KOMUNITI LUAR (UTM)


14/10/2018
Matlamat SK Sri Pulai Perdana dalam merealisasikan sekolah lestari tidak hanya kepada warga sekolah sahaja, malah ianya dikongsi bersama komuniti luar.



Usahasama bersama komuniti luar ini dapat membina jaringan yang rapat di antara sekolah dan pihak terbabit.


Pada 14/10/2018, pihak sekolah telah menjalankan usahasama bersama pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bergotong royong di taman lestari sekolah.




GOTONG ROYONG LESTARI


13/10/2018
Seawal jam 7.30 pagi guru-guru dan murid-murid SKSPP telah berada di sekolah bagi menjalankan aktiviti gotong royong membersih dan menghijaukan kawasan sekolah.



Masing-masing bersemangat untuk menjalankan tugasan yang telah diagihkan mengikut kawasan yang ditetapkan.


Aktiviti gotong royong yang dijalankan ini sering diamalkan di sekolah ini bagi memastikan kawasan sekolah bersih, indah dan selesa untuk warga sekolah. Di samping itu juga, ia memupuk semangat kerjasama di kalangan guru dan murid.


Gotong royong kali ini lebih tertumpu kepada menghijaukan kawasan sekolah dengan menambah pokok-pokok herba, menghias taman lestari, dan mengurus taman arnab agar lebih terjaga dan subur.

Diharapkan aktiviti gotong royong ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi menjamin kelestarian kawasan sekolah sentiasa terjaga dan indah.

KEMPEN LOW CARBON DAN LESTARI


07/10/2018
Program Pasca UPSR diteruskan dengan pelbagai aktiviti untuk murid-murid tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR. Setiap panitia matapelajaran telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk murid-murid tahun 6, antaranya panitia Sains yang menjalankan kempen Low Carbon dan Lestari.




Kempen Low Carbon dan Lestari ini diadakan adalah untuk memberi pendedadahan kepada murid- murid tentang meminimakan penggunaan karbon dalam kehidupan seharian dengan menggunakan sumber semulajadi, sebagai contoh berjalan kaki daripada menaiki kenderaan, mengurangkan penggunaan elektrik.



Semoga usaha yang dijalankan oleh panitia Sains ini dapat menambahkan ilmu kepada murid-murid dalam mengaplikasikan sumber semulajadi di sekeliling mereka.

LAWATAN PENILAI KE TAMAN ARNAB SKSPP

31/10/2018 Lawatan wakil penilai dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ke Taman arnab SK Sri Pulai Perdana. Seronok kan dapat...