Saturday 14 October 2017

AUDIT KELESTARIAN PENDIDIKAN KE ARAH BANDARAYA LESTARI

Sedang berlangsung, pembentangan oleh Pn. Siti Haidah berkenaan audit Kelestarian Pendidikan ke Arah Bandaraya Lestari SK Sri Pulai Perdana bersama wakil Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. 

JOHOR LESTARI :: EXPO JOHOR BERKEMAJUAN

Bersempena Ekspo Johor Berkemajuan yang berlangsung selama 9 hari bermula 6 hingga 14 Oktober 2017 di Dataran Mahkota, Kota Iskandar Johor ini, wakil dari SK Sri Pulai Perdana tidak melepaskan peluang berkunjung dan memeriahkan lagi jualan dan pameran yang disediakan kepada para pengunjung.


Ustazah Zamzarita dan Ustazah Zurina dari SK Sri Pulai Perdana mengambil peluang berkongsi pengalaman dan informasi berkunjung ke pameran Johor Lestari yang disediakan di ekspo terbabit.




 Banyak informasi yang boleh dikongsi berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di pameran Johor Lestari seperti Program kitar semula minyak masak, kitar semula barangan terpakai, pemeliharaan flora dan fauna, pengenalan hutan lipur di negeri Johor dan lain-lain lagi mengenai kelestarian alam sekitar.





Secara amnya, pameran ini amat baik dan bermanfaat untuk dikongsi kepada masyarakat umum dalam merealisasikan kehidupan yang bersih, sihat dan lestari.


Saturday 7 October 2017

PERASMIAN TAMAN LESTARI

Perasmian Taman Lestari telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Ishak Bin Mahbob, Pegawai Pendidikan Daerah Kulai pada 25 September 2017 (Isnin) di SK Sri Pulai Perdana. Diharapkan dengan wujudnya taman lestari ini di Sk Sri Pulai Perdana akan memberikan kesedaran seterusnya memupuk minat warga sekolah terhadap pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.









LAWATAN PENILAI KE TAMAN ARNAB SKSPP

31/10/2018 Lawatan wakil penilai dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ke Taman arnab SK Sri Pulai Perdana. Seronok kan dapat...