Monday 29 October 2018

GOTONG ROYONG LESTARI


13/10/2018
Seawal jam 7.30 pagi guru-guru dan murid-murid SKSPP telah berada di sekolah bagi menjalankan aktiviti gotong royong membersih dan menghijaukan kawasan sekolah.



Masing-masing bersemangat untuk menjalankan tugasan yang telah diagihkan mengikut kawasan yang ditetapkan.


Aktiviti gotong royong yang dijalankan ini sering diamalkan di sekolah ini bagi memastikan kawasan sekolah bersih, indah dan selesa untuk warga sekolah. Di samping itu juga, ia memupuk semangat kerjasama di kalangan guru dan murid.


Gotong royong kali ini lebih tertumpu kepada menghijaukan kawasan sekolah dengan menambah pokok-pokok herba, menghias taman lestari, dan mengurus taman arnab agar lebih terjaga dan subur.

Diharapkan aktiviti gotong royong ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi menjamin kelestarian kawasan sekolah sentiasa terjaga dan indah.

No comments:

Post a Comment

LAWATAN PENILAI KE TAMAN ARNAB SKSPP

31/10/2018 Lawatan wakil penilai dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ke Taman arnab SK Sri Pulai Perdana. Seronok kan dapat...