Friday 22 September 2017

KEMPEN TREEE FOR SKSPP


Jom beli pokok dalam usaha menghijau dan menceriakan kawasan SK Sri Pulai Perdana!!
Sama-sama kita meriahkan gerai jualan yang akan menjual pokok-pokok untuk ditanam di kawasan sekolah dan nama pembeli akan dilabelkan di pokok yang dibeli sebagai tanda penghargaan.
Menarik bukan... ;)

'GO GREEN TOGETHER'


Thursday 21 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439H

Salam maal hijrah 1439

Semoga kita semua istiqomah dalam beribadat dan juga memelihara dan memulihara alam sekitar.


SAYANGI BUMI KITA

PROGRAM KITAR SEMULA SISA ELEKTRONIK (E-WASTE)


Program kitar semula sisa elektronik (E-Waste) akan dirasmikan oleh YB Mohammad Khairi A. Malik, Setiausaha Politik kepada Y.A.B Menteri Besar Johor seperti keterangan di bawah ini, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis bagi sama-sama menyokong kempen kitar semula sisa elektronik (e-waste) ini.

Untuk makluman semua, bahan elektronik yang telah rosak atau tidak boleh digunapakai lagi boleh dihantar ke SK Sri Pulai Perdana untuk proses kitar semula sebelum 25 September 2017. Terima kasih.

REVOLUSI MENUJU SEKOLAH HIJAU


JOM KITAR SEMULA (E-WASTE)


JOM KITAR SEMULA SISA ELEKTRONIK (E-WASTE) ANDA!!!



Saturday 16 September 2017

SEKOLAH LESTARI : ANUGERAH ALAM SEKITAR

Latar Belakang
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Dato’ Sri Hj. Adenan Hj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Januari 2005.
Sekolah Lestari bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari segi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
Hasrat Sekolah Lestari
Sekolah Lestari adalah satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh Srategi Hijau. Strategi Hijau yang pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21.

Definisi Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Objektif Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari dibentuk bagi mencapai objektif berikut:-
  1. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
  2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
  4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan
  5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari
Kompones Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari merangkumi empat komponen iaitu:-
  1. Pengurusan
  2. Kurikulum
  3. Kokurikulum
  4. Penghijauan

ECO NATURE RUN 2017




Friday 15 September 2017

PENGURUSAN & PENILAIAN

PENGURUSAN
·        Mewujudkan visi dan misi pendidikan alam sekitar berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
·        Menjadikan pendidikan alam sekitar sebahagian daripada perancangan kurikulum dan ko kurikulum tahunan sekolah.
·        Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Lestari yang terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru, kakitangan sokongan dan wakil pelajar.
·        Mewujudkan kerjasama di antara pihak sekolah dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bahagian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan lain-lain agensi untuk pelaksanaan program-program pendidikan alam sekitar.
·        Mewujudkan dan memantapkan koleksi bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar di pusat sumber sekolah
·        Menyediakan sudut maklumat alam sekitar di bilik darjah dan kawasan tertentu sekolah.
·        Menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan.
·        Memberikan pendedahan mengenai nilai-nilai alam sekitar kepada ahli PIBG dan memperuntukan kewangan yang mencukupi dari tabung PIBG untuk membiayai program pendidikan alam sekitar.
·        Menganjurkan bengkel, ceramah dan kursus alam sekitar kepada warga sekolah.
·        Menganjurkan dan melaksanakan kempen kesedaran pendidikan alam sekitar.
·        Mengadakan dan mengimplementasikan peraturan sekolah yang berkaitan dengan alam sekitar.
·        Memastikan pihak pengusaha kantin melaksanakan amalan mesra alam dan menguruskan pelupusan bahan buangan secara terancang.
·        Merancang, mengurus dan memantau pelupusan sisa buangan berbahaya/toksik seperti sisa-sisa makmal/bengkel/Kemahiran Hidup (KH) secara selamat melalui peraturan yang ditetapkan.
·        Menyediakan laporan panitia untuk memastikan guru panitia melaksanakan pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum.
·        Memberikan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar.

·        Merancang aktiviti penyebaran maklumat kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar


PENUNJUK BOLEH UKUR UNTUK PENILAIAN SEKOLAH LESTARI

KOMPONEN PENGURUSAN
Organisasi
·        Mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras berunsur sekolah lestari
·        Keahlian Jawatankuasa Penyelaras terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru, staf sokongan dan wakil pelajar.
·        Kekerapan mengadakan mesyuarat (sekurang-kurangnya dua kali setahun).
·        Mempunyai fail dan minit mesyuarat
·        Menyediakan sistem pelaporan berkala menggunakan borang khas untuk merekod pelaksanaan program.

Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan

KOMPONEN KURIKULUM

Komponen ini tidak dinilai untuk Pensijilan dan Penganugerahan. Namun demikian program-program lestari di bawah komponen ini wajib dijalankan mengikut perancangan dan laporan pelaksanaan disediakan.
      Organisasi
·        Mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras berunsur sekolah lestari
·        Keahlian Jawatankuasa Penyelaras terdiri daripada ketua bidang, ketua panitia dan guru matapelajaran
·        Kekerapan mengadakan mesyuarat (sekurang-kurangnya dua kali setahun).
·        Mempunyai fail dan minit mesyuarat
·        Menyediakan sistem pelaporan berkala menggunakan borang khas untuk merekod
·        pelaksanaan program.

Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan

PELAN TINDAKAN KOMPONEN KURIKULUM 2017

KOMPONEN KOKURIKULUM
Organisasi
·        Mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras berunsur sekolah lestari
·        Keahlian Jawatankuasa Penyelaras terdiri daripada setiausaha kokurikulum, penyelaras unit dan guru penasihat.
·        Kekerapan mengadakan mesyuarat (sekurang-kurangnya dua kali setahun).
·        Mempunyai fail dan minit mesyuarat
·        Menyediakan sistem pelaporan berkala menggunakan borang khas untuk merekod
·        pelaksanaan program.

Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan
PELAN TINDAKAN KOMPONEN KOKURIKULUM 2017 


KOMPONEN PENGHIJAUAN

Organisasi
·        Mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras berunsur sekolah lestari
·        Keahlian Jawatankuasa Penyelaras terdiri daripada guru yang dilantik.
·        Kekerapan mengadakan mesyuarat (sekurang-kurangnya dua kali setahun).
·        Mempunyai fail dan minit mesyuarat
·        Menyediakan sistem pelaporan berkala menggunakan borang khas untuk merekod pelaksanaan program.

Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan



PELAN TINDAKAN KOMPONEN PENGHIJAUAN 2017 


Tuesday 12 September 2017

PROGRAM KITAR SEMULA SKSPP 2017



Program kitar semula SK Sri Pulai Perdana akan diadakan pada 25 September 2017, kepada guru-guru, para ibubapa juga murid-murid SKSPP digalakkan untuk membawa barang-barang yang boleh dikitar semula sebelum atau semasa tarikh program dijalankan. Terima kasih. 

SAVE YOUR DATE... ;)

APA ITU PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTASI KURIKULUM

Matlamat dan objektif Pendidikan Alam Sekitar

  • Matlamat Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah Membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.
  • Memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

Objektif Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah

Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
  • Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
  • Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.
  • Memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
  • Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.
  • Berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.

Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh

  • Merujuk kepada penglibatan warga sekolah termasuk pihak pentadbir, staf sokongan, guru- guru dan para pelajar sekolah.
  • Proses membudayakan Pendidikan Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
  • Merupakan payung kepada aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SATU USAHA KERAJAAN YANG MAPAN MENDIDIK JIWA RAKYAT

Percaya atau tidak isu mengenai Pendidikan Alam Sekitar ini ialah satu isu yang serius. Oleh kerana itu, kita dapat lihat pihak kerajaan benar-benar berusaha untuk menangani masalah ini dari pihak akar umbi lagi. Ya, kitalah yang dimaksudkan akar umbi itu. Minda kita perlu dididik!
Dari sini, admin lihat pelbagai usaha telah dijalankan. Usaha yang jelas seperti kempen kebersihan, melaksanakan pelbagai akta kebersihan atau undang-udang dan sebagainya adalah perkara yang biasa semua orang tahu. Namun, usaha dan gabungan luar yang tidak dapat disedari oleh orang ramai adalah sangat hebat dipergiatkan sebenarnya.
Kenapa tidak? Lihat sahaja usaha kerajaan terutama dalam salah satu event yang terbesar tahun ini iaitu Sukan Sea ke 27 yang menerapkan konsep hijau atau Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree). Selain mahu meraih kejayaan, pihak kerajaan mahu konsep ini menjadi inspirasi dan ikutan semua pihak pada masa akan datang. Bagi menyokong usaha konsep hijau ini, berikut ialah langkah yang digunakan semasa penganjuran sukan SEA ke 27 ini :
  • Galakkan penggunaan pengankuatan awam. (Car pooling).
  • Penunjuk arah buat pejalan kaki dan penunggang basikal.
  • Penjimatan tenaga elektrik diutamakan semasa sukan sea berlangsung.
  • Pembungkusan makanan yang mudah dihapus (biodegrable).
  • Program kitar semula di lokasi utama dengan penyediaan tong sampah kitar semula dan sukarelawan bertugas yang membimbing dan memberi penerangan mengenai kitar semula.
  • Kempen penanaman pokok.
  • Pelan perjalanan yang optima untuk atlet dan delegasi.
  • Pengkomposas sisa makanan yang efektif.
Menarik bukan? Ianya masih panas lagi jadi rasanya semua ini mudah untuk kita imbau dan ingat kembali. Tetapi timbul pula pertaanya, soalnya adakah baru sekarang kerajaan sedar akan kepentingan alam sekitar? Pastinya tidak! Baiklah sebelum admin kongsikan info mengenai Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum ini mari kita ikuti perkongsian ini.

SUKATAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR BAKAL DI LAKSANA 2 TAHUN LAGI

Sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Alam Sekitar sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi admin jika ianya di perkenalkan 2 tahun lagi. Kenapa? Akan admin kongsikan pada bahagian akhir artikel ini.
Baiklah, untuk pengetahuan semua sebenarnya subjek atau Sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Alam Sekitar dijangka diperkenalkan sebagai subjek di sekolah dan universiti menjelang tahun 2019. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, deraf cadangan berhubung perkara itu akan dibentang kepada Kabinet, tahun depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kanan)
ketika sesi Dialog Asean pada Dialog Pangkor (PIDD) 2017. – Foto BERNAMA

IPOH
: Sukatan mata pelajaran Alam Sekitar dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menurut beliau, kertas cadangan itu sedang dibincangkan di peringkat Kementerian Pendidikan sebelum dibawa ke Kabinet, awal tahun depan.
Tambah Wan Junaidi, Kementerian Pendidikan menerima positif cadangan tersebut dalam mempelopori idea supaya subjek tersebut diperkenalkan di peringkat sekolah dan universiti.
“Sebenarnya kita rancang dari peringkat tadika lagi, kita mungkin buat buku pamplet untuk kanak-kanak melihat binatang-binatang umpamanya, bagaimana menyintai binatang, alam sekitar, jadi kita perkenalkan dari awal lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel dalam sesi Dialog ASEAN sempena Dialog Pangkor 2017 di Amanjaya Convention Centre di sini pada Selasa.
Wan Junaidi berkata, persoalan untuk menjadikan subjek alam sekitar sebagai matapelajaran wajib juga akan diputuskan setelah pihaknya membuat perbincangan secara berterusan.
Sukatan pelajaran itu diperkenalkan bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta peranan yang boleh dimainkan setiap individu, termasuk kanak-kanak. sumber : astroawani.com

Tunggu dan Lihat

Jika kita rasakan 2 tahun itu lama, rasanya mungkin kita silap kerana 2 tahun itu sebenarnya sekejap sahaja dan jika diluluskan maka Pendidikan Alam Sekitar akan menjadi satu lagi subjek atau mata pelajaran tambahan di dalam sistem pendidikan di sekolah.
Isu “campak kepada guru” mungkin akan kedengaran seketika. Ya, tidak dinafikan begitulah sistem pendidikan di negara kita yang pernah admin huraikan di dalam post bertajuk “Luahan Hati Guru yang Semua Rakyat dan Pemimpin Tahu“. Kita sebagai pendidik tidak boleh lari dari menjalankan tugas kita mendidik anak murid agar menjadi insan yang lebih baik.
Jika ianya sesuatu yang baik, maka mari kita laksanakan dengan sepenuh hati. Namun, diharap jika ada respon yang diberikan oleh guru selepas ini maka diharap pihak KPM akan lebih prihati dan menyiasat hal ini. Sama-sama kita bergabung mencari penyelesaian kepada masalah yang guru telah jumpa jika Pendidikan Alam Sekitar ini benar-benar di jadikan sebagai 1 subjek atau mata pelajaran di sekolah.

Sumber diperoleh daripada : https://www.sistemguruonline.my/

LAWATAN PENILAI KE TAMAN ARNAB SKSPP

31/10/2018 Lawatan wakil penilai dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ke Taman arnab SK Sri Pulai Perdana. Seronok kan dapat...