Tuesday, 12 September 2017

SUKATAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR BAKAL DI LAKSANA 2 TAHUN LAGI

Sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Alam Sekitar sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi admin jika ianya di perkenalkan 2 tahun lagi. Kenapa? Akan admin kongsikan pada bahagian akhir artikel ini.
Baiklah, untuk pengetahuan semua sebenarnya subjek atau Sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Alam Sekitar dijangka diperkenalkan sebagai subjek di sekolah dan universiti menjelang tahun 2019. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, deraf cadangan berhubung perkara itu akan dibentang kepada Kabinet, tahun depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kanan)
ketika sesi Dialog Asean pada Dialog Pangkor (PIDD) 2017. – Foto BERNAMA

IPOH
: Sukatan mata pelajaran Alam Sekitar dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menurut beliau, kertas cadangan itu sedang dibincangkan di peringkat Kementerian Pendidikan sebelum dibawa ke Kabinet, awal tahun depan.
Tambah Wan Junaidi, Kementerian Pendidikan menerima positif cadangan tersebut dalam mempelopori idea supaya subjek tersebut diperkenalkan di peringkat sekolah dan universiti.
“Sebenarnya kita rancang dari peringkat tadika lagi, kita mungkin buat buku pamplet untuk kanak-kanak melihat binatang-binatang umpamanya, bagaimana menyintai binatang, alam sekitar, jadi kita perkenalkan dari awal lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel dalam sesi Dialog ASEAN sempena Dialog Pangkor 2017 di Amanjaya Convention Centre di sini pada Selasa.
Wan Junaidi berkata, persoalan untuk menjadikan subjek alam sekitar sebagai matapelajaran wajib juga akan diputuskan setelah pihaknya membuat perbincangan secara berterusan.
Sukatan pelajaran itu diperkenalkan bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta peranan yang boleh dimainkan setiap individu, termasuk kanak-kanak. sumber : astroawani.com

Tunggu dan Lihat

Jika kita rasakan 2 tahun itu lama, rasanya mungkin kita silap kerana 2 tahun itu sebenarnya sekejap sahaja dan jika diluluskan maka Pendidikan Alam Sekitar akan menjadi satu lagi subjek atau mata pelajaran tambahan di dalam sistem pendidikan di sekolah.
Isu “campak kepada guru” mungkin akan kedengaran seketika. Ya, tidak dinafikan begitulah sistem pendidikan di negara kita yang pernah admin huraikan di dalam post bertajuk “Luahan Hati Guru yang Semua Rakyat dan Pemimpin Tahu“. Kita sebagai pendidik tidak boleh lari dari menjalankan tugas kita mendidik anak murid agar menjadi insan yang lebih baik.
Jika ianya sesuatu yang baik, maka mari kita laksanakan dengan sepenuh hati. Namun, diharap jika ada respon yang diberikan oleh guru selepas ini maka diharap pihak KPM akan lebih prihati dan menyiasat hal ini. Sama-sama kita bergabung mencari penyelesaian kepada masalah yang guru telah jumpa jika Pendidikan Alam Sekitar ini benar-benar di jadikan sebagai 1 subjek atau mata pelajaran di sekolah.

Sumber diperoleh daripada : https://www.sistemguruonline.my/

No comments:

Post a Comment

LAWATAN PENILAI KE TAMAN ARNAB SKSPP

31/10/2018 Lawatan wakil penilai dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ke Taman arnab SK Sri Pulai Perdana. Seronok kan dapat...