20/09/2018
Seramai 1300 murid termasuk guru SK Sri Pulai Perdana telah mendapat pendedahan dan perkongsian mengenai Kitar Semula yang dianjurkan oleh AMR Environmental Group menerusi Program Let's Recycle.
Program tersebut merangkumi aktiviti interaktif yang mempromosikan pendidikan alam sekitar kepada warga sekolah. Aktiviti yang mempamerkan maskot kitar semula seperti kertas, kaca, plastik dan tin telah menarik minat murid-murid serta guru-guru dalam mempelajari dan mengenali bahan-bahan kitar semula dengan lebih jelas.
Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai pendidikan alam sekitar pada peringkat awal iaitu seawal sekolah rendah lagi.
Usaha ini turut dilihat amat penting bagi mewujudkan sekolah sebagai institusi yang ceria, bersih dan kondusif serta selesa kepada warga sekolah.
No comments:
Post a Comment